lama giler aku tak update blog. ada lagi ke orang-orang yang rajin nak menjenguk ek?? (ayat perasan macam selama ni ramai je yang dok baca blog nie ). anyway, ketiadaan update sepanjang berbulan lamanye tu bukan sesuatu yang disengajakan. tapi disebabkan kesebukkan untuk menghabiskan projek, viva, then urusan perpindahan rumah ke kota seriemas, pindah barang ke perlis, pindah diri ini ke perlis, lapor diri n mulakan diri sebagai wanita berkerjaya….see…banyak tau benda yang buat aku agak tak mampu nak luang masa nak update. meh aku citer satu-satu ek….
#1. dissertation master aku
setelah penat bertungkus lumus dan membanting tulang selama satu semester, akhirnya aku berjaya menyiapkan dissertation master aku. letih woo…all the sleepless nite carik words and nak buat ayat dalam bahasa melayu (FYI: UKM memang wajib pakai BM untuk dissertasi yer..). so imagine la BM-tonggang-langgang-C3 SPM aku perlu la diupgrade untuk jadi BM yang high quality. pening SV aku dok perbetulkan ayat aku…malu siot…. tetapi, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan pada 3hb Jun aritu, aku telah berjaya ber’viva’ dan semuanya okay. kena betulkan sket-sket but aku berjaya la submit n setelkan dah semua. insyaAllah, Ogos ni aku grad…yea!!
#2. Pindah rumah ke kota seriemas
sape yang mengikuti perkembangan semasa aku (cewahh..cam artis lak nak kena ikut-ikut kan…), akan tahu la yang family aku sebenarnya adalah orang nomad. berpindah merata-rata. tetapi, akhirnya, kami telah membuat keputusan untuk tidak menjadi nomad lagi dan telah bermastautin di Kota Seriemas, Nilai. kirenye aku dah jadi orang Noghori la ek…hehehe… pasni hopefully dah tak pindah-pindah dah and duduk situ sampai rumah roboh. letih tau dok berpindah randah. 10 kali pindah, 10 kali kena g tukar alamat surat menyurat kat semua tau..waa…
#3. pindah g kuala perlis
pada tanggal 13hb Jun yg lepas, aku (aku je…) telah berpindah tetap ke utara semenanjung, negeri indera kayangan iaitu Perlis. huhuhu..setelah berminggu-minggu dok risau umah yang disewa tak ready-ready, akhirnya broker rumah aku yang berjaya, Bili telah pon menjumpai rumah sewa yang ok untuk aku. huhuhu..bermula la episod angkut barang-barang dan segalanya harta mende yang aku ade ke perlis pulak. waa…letih tau..penat yang pindah rumah tak habis lagi..ni plak kena pindah barang-barang ke perlis pulak. rumah aku kat kg wai, kuala perlis, aku sewa sorang-sorang. mulanya nak sewa ngan Daia, kalo kami dok berebut nak bilik master (sebab nak toilet dalam bilik n bilik tengah takde tingkap), jadi kitorang pon sewa asing-asing. tamak kan..tape, sewa pon tak mahal sangat n kawasan tu bole dikatakan selamat la, takde la risau sangat kan. sape-sape yang tersesat ke sane, calling-calling la aku..nak tumpang tido pon bole..umah besar.
#4. lapor diri + kerja
15hb lepas, aku g lapor diri kat pejabat pendaftar. bermula la kerjaya aku sebagai seorang pensyarah, tapi tak dilantik lagi. sebabnya result tak keluar lagi, so derang takleh la nak lantik siap-siapkan. memandangkan dah tak dilantik lagi, so gaji aku tak dapat la gaji pensyarah, tapi hanya taraf tutor je…same je ngan elaun blaja aku…waaa..miskin aku….
memandangkan aku lapor diri waktu student semua tengah cuti semester, so takyah la sebuk-sebuk nak start ngajar lagi kan. dapat la aku meng’adapt’kan diri ke life baru aku kat perlis ni. tapi aku takla risau sangat. Bili, Daia n Mex Su pon ade skali ngan aku. takde la rase alone sgt kat ujung malaysia ni kan. lagi 2 minggu baru aku start ngaja. ngaja budak-budak Dip, Maths 101. basic maths la tu..harap-harapnye, aku leh la mengajar ngan baik kan…
oklah…cukup la update untuk siaran kali ini…hehe..
nanti aku update lagi la..bile aku rajin umah dah ade internet…hehehe..
~daa
p/s: aku miss giler kat my fav three….




June 29th, 2009 at 1:32 pm
yea mari la kta sama2 bermastautin kt negeri d hujung semenanjung nie.hopefully we’ll be the best lecturer.insyaallah :-)
June 29th, 2009 at 9:02 pm
heheh..semangat dapat buku ref baru la tu ek…huhuhu
October 14th, 2009 at 11:33 am
salam…
akak, nk tnya skit ley x?
ade taw x mne2 ag rmah untk disewa area kangar?
tq
October 17th, 2009 at 9:38 pm
nadya, y dont u email akak. at enwaj[at]yahoo.com. erm, nak sewa satu rumah ke or bilik?