hari ni nak cerita tentang pengalaman aku berpusing-pusing mancari butik pengantin di Kulim.
Memandangkan ni belah laki kan, so aku ikut je la EnFiance untuk terjah survey butik-butik yang ada. Dari googlelan aku, agak banyak jugak butik penganti sekitar Kulim ni, so aku agak excited la kan.
First, we went to butik X. Kedai dia cantik, baju-baju yang display pon cantik-cantik. Hampir 10 minit takde sorang pon staf (ade tiga org tgh duduk kat meja tengah butik) yang datang tegur kitorang. mula tu rasa macam unwanted gila. EnFiance dah ajak keluar dah, tapi sebab degil aku, nak jugak tanya pakej yang diorang offer. Datang la seorang ‘abang kakak’ kat kitorang. Belum sempat tanya apa-apa, dia terus cakap yang pakej-pakej derang mula dari RM2500 ke atas. Dalam hati aku bertanya gak la, nape tetibe je dia nak mention benda tu. Aku tengok baju aku pakai haritu, compang camping ke. ok je aku rase aku ngan enFiance punnya dressing haritu. maybe sebab kami pakai flip flop kot kan…huhu. anyway, pas dia cakap camtu, kami serentak cakap “oooooo”. then aku move on tu satu baju ni. Aku baru diri depan baju tu 1 saat kot, cepat-cepat ‘abang kakak’ tu cakap, “eh, yang tu ko tak muat la”. i was like “Apekahhhhhhh!!!”. EnFiance dah jeling aku ajak keluar, dia tu kan agak baran orang nye, tapi aku ni masih boleh tahan lagi la. aku tanya2 sikit pasal pakej, amek flyer then terus keluar.
keluar tu, terus rase geram. Mungkin kami ni nampak selekeh kot kan, untuk dia layan camtu.
Next butik ni, dari luar, nampak la berderet patung-patung pakai baju pengantin. Keadaan butik tu, agak daif la. takde hiasan apa-apa, just racks of baju pengantin macam-macam warna. kami masuk tu, seorang makcik datang melayan. dia bgtau, pakej yang di offer harga RM1100 all in. Agak murah la. Makcik tu pon tunjuk la gambar-gambar pelamin yang ada, tapi nape ntah aku tak rase cantik n baju-baju dia rasa macam tak di jaga. Mungkin aku masih geram kat butik pertama tu kot kan. selepas bincang-bincang, kami pon amek kad butik tu, dan keluar.
next butik…sambung nanti la. hihihi