:: citer lawak part 1 ::

kelmarin, dlm perjalanan nak ke Jusco Seremban 2 dengan Yanie, Danish n Faris…

N: yanie, nana ingat nak kawen la bulan 6 ni, sebab bulan 9 nak fly

Y: ha…nak kawen? dengan sape? ye ke?

N: dengan orang la…korang tak kenal, nanti time die datang merisik, korang kenal la…

Y: (dah excited giler dah time ni) yeke nana…eee…sukernye…happynye dengar…yanie excited yer…danish..danish…auntie el nak kawen..eee..bestnyer…

time nie, aku dah tak tahan dah nak gelak…tapi aku teruskan juga.. :devil:

N: erm..nape ko yang lebey excited dari nana ni?

Y: yela..my little sister nak kawen…mestilah excited. tau tak yanie tunggu je bile ko nak kawen..huhuhu…yanie nak makeupkan ko bole tak?

N: free ke? hehe

Y: free la..my sister kan..mesti la free..yanie makeupkan ko cantik-cantik…eee..bestnyer..

at this point, yanie dah start nangis dah sebenarnye…huhu happy tears…

Y: yanie nak buat hantaran kat ko la..ko nak ape? kek ker?

N: erm..takde hantaran la..kawen camtuh2 je..nikah je..mane sempat nak organize grand-grand..

Y: ish..mane bole..sempatla nak buat…ish..takmo la kawen camtuh je..

N: mane ade duit…huhuhu

Y: (dalam teresak2) huhu, tak sangka..eee..bestnyer..mama dah tau ke?…huhu..sukenyer yanie..tak sabarnye…

oleh kerana aku tak tahan nak gelak dah time tuh…terpakse la aku bagitau die yang aku tipu jek..saje nak tengok reaksi die..hehehe…sakit aku kena cubit/pukul bertubi-tubi dalam kereta…hehehe…memang aku gelak tak berenti sampai kitorang sampai Jusco…hehehe..lawak sungguh.  :biggrin:

p/s: memandangkan rase bersalah…aku pon blanjer la derang-derang kat Johnny’s. lagipun, besoknyer tu..birthday yanie..kirenye birthday treat ar ni…Happy Birthday Sis!!..love u….

:: bili dah kawen…::
bili and her hantarans

bili and her hantarans

yer, salah seorang kawan baik aku, Biliana aka Bili  dah pon selamat kawen pada 21hb yang lalu. the wedding was held in kangar, Perlis. so, the five of us, aku, Upa (good friend from Miri), my mum, my kazen, mie and his nephew, raziq mengambil kesempatan tu untuk berjalan-jalan di perlis dan Langkawi. actually, my mum yang excited nak g langkawi, semata-mata nak bershopping…huhuhu..

kami bertolak dari Kulim (my kazen’s house) at 9 am. the journey to kangar took us around  and a half hour then nak carik rumah bili plak, setengah jam, sebab my memory of kangar is a bit rusty, and banyak yang dah berubah. kami sampai kat rumah bili around 12. kami ni kire-kirenyer tetamu awal la…sebab pengantin lelaki sampai pukul 1.30. the wedding went well. bili was beautiful (as always!!) in her blue dress.

the bride and groom

the bride and groom

after that, kami pon g check in kat hotel putra brasmana di kuala perlis. hotel nie dekat gile ngan jeti kuala perlis, thats why my mum nak g langkawi sangat2 tu. hehehe, mind u, it is the school holiday, and aku dah agak dah yang langkawi mesti ramai gile, tapi my mum insisted untuk pegi jugak even pegi balik hari je pon…

that evening, kami berjalan-jalan ke padang besar. selama aku dok blaja kat Matrix perlis dulu, aku pegi padang besar ni ader la kot sekali dua…as usual, school holidays kan. so ramai giler manusia kat padang besar. nak parking pon susah, tapi memandangkan Upa tak pernah sampai padang besar, aku gigihkan juga carik parking. aku tak rase pon barang-barang kat padang besar tuh best-best, sebab aku tak teringin pon nak beli pape (takder duit same… :tongue: ), but my mum manage to buy a few blouse and a soft toy for my nephew at home. balik dari padang besar tu, we all took the ‘jalan kampung’ to go back to the hotel. the road we took was worth it. sepanjang jalan to, endless field of paddy plants. sangat cantik ok…hijau jek…mana nak carik scenery camtuh kat kl ni.  :w00t:

for dinner that nite, kitorang g makan seafood kat kuala perlis. disebabkan memang lapar and letih, so macam-macam la kitorang order. ketam, udang, sotong, ikan bakar and kerang sumer…erm..tapi sorang pon tak amek gambar, sebab lapar sangat and tak sempat nak amek… :biggrin:

besoknya, pagi-pagi kami dah checkout sebab nak catch the earliest ferry la konon. well, again, its the school holidays, and jeti tu packed giler orang. semua tunggu the earliest ferry…go figure…

anyway, kitorang naik ferry pukul 10.40 and arrive kat langkawi around 12. sampai tuh, carik kereta sewa and pegi makan. then my mum and Upa pon terus memulakan mission bershopping. aku yang tak berapa nak ada duit ni, hanya dapat melihat jek la. but i did bought some chocolates for daia yang dah pesan awal dah. my kazen pon hanya beli rokok jek…after selesai sumer, kami pon bertolak pulang ke jeti kuala perlis pukul 5 ptg. letih giler wei…

p/s: eventhough kami pegi sekejap jek langkawi tuh, but my mum manage to spend almost rm2000 there… :shocked:

:: life as it is ::

tinggal lagi dua hari jek sebelum aku cuti raya.

owh ya..this semester, ukm combined our mid semester break with the raya break..so we got like two whole weeks for this raya. yeaaa…

however…takleh la gembira sangat..sebabnyer..eventhough cuti pon, the assignments given memang akan menyebabkan aku tak dapat la nak enjoy sangat…tapi i’ll make the most of what i can.. :tongue:

aku plan nak balik kampung aka umah mak teh aku first week cuti. sajer nak jalan-jalan tempat lain. asyik terperuk kat bangi/nilai jek aku, need a breath of fresh air…suasana kampung menenangkan aku. lagipon, aku boleh la tolong mak teh aku berniaga kat bazaar ramadhan. baik tak aku?? :angel:

baju raya aku dah beli…this year theme is purple + chocolate…aku amek dari lavender jek. hehe..situh banyak baju kurung siap yang cantek-cantek… ( yanie…ni ayat promote nie… :biggrin: ). this raya aku akan beraya kat enstek, batu pahat n kulim. rase macam kejap jek puase ni, tup..tup..dah nak raya…cepat tul masa berlalu kan…

p/s: aku demam…nak tido..tapi nak siapkan assignment nak submit besok…life…. :blink:

taken by danish

« Previous Entries Next Entries »